Unverified

Kami Mahu Tan Sri Muhyidin Sbg PM Sebelum PRU 13

01:05 Feb 22 2013 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Kami Mahu Tan Sri Muhyidin Sbg PM Sebelum PRU 13
Description
JOHOR BHARU: Benarkah orang-orang di sekeliling Tan Sri Muhyidin Yasin mahu beliau menjadi Perdana Menteri menjelang PRU 13 ini?

Inilah yang menjadi tanda tanya apabila poster yang mengaitkan beliau dengan cita-cita itu tersebar di sekitar bandar ini.

Ia di dijumpai di banyak tempat di sekitar Johor Bharu dan ada yang tertampal di pokok-pokok di bandar ini.

Salah satu darinya diemailkan kepada Harakahdaily.

Perselisihan antara Muhyidin dengan Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini semakin ketara.

Yang terbaru, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Muhyidin memutuskan agar pihak dalam kerajaan yang mempertikaikan pindaan Akta Penerangan 114 (a) dipanggil memberikan keterangan.

Walaupun tidak menyebut nama Perdana Menteri tetapi fakta bahawa beliau turut meminta agar akta itu dikaji semula menarik perhatian banyak pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa.

"Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter.

Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin BN dalam kerajaan dipanggil memberikan keterangan ekoran kenyataan mereka yang turut mempertikaikan akta itu.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Walaupun nama Najib tidak disebut, tindakan ke atas mereka secara tidak langsung mempertikaikan kenyataan Najib yang turut meminta agar ianya dikaji.

"Sekurang-kurangnya, Kabinet yang dipengerusi Muhyidin tidak bersetuju dengan pandangan Najib," kata seorang pengulas politik.

Sementara itu, seorang rakan media memberitahu, perselisihan antara Muhyidin dengan Najib sudah diketahui oleh kebanyakan wartawan termasuk di kumpulan NST.

"Ia sudah menjadi rahsia umum," kata seorang wartawan kanan kepada Harakahdaily.

Sumber: Harakahdaily
Catatan Nusajaya Kini pada 9/04/2012 01:55:00 PTG Tiada ulasan: Pautan
Credibility: UP DOWN 0
Leave a Comment
Name:
Email:
Comments:
Security Code:
14 + 6 =

Additional Reports

Bas Jelajah Merdeka Rakyat

00:48 Feb 24, 2013

Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 244.4 Kms

Janji Pakatan Rakyat

01:29 Feb 22, 2013

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, 295.78 Kms

Harapan Rakyat: Harga Minyak Turun

01:53 Feb 22, 2013

Gunung Behrang, Perak, Malaysia, 351.78 Kms

Pertandingan Poster Montaj: Jom Selamatkan Perak

00:06 Feb 22, 2013

Perak, Malaysia, 495.8 Kms

Hentikan pembalakan haram

01:08 Feb 22, 2013

Kuching, Sarawak, Malaysia, 732.47 Kms